Friday, September 16, 2005

Gugusan Syair Alif Mokhter


Sheikh Abdul Kadir Al Jailani
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebuah cerita di zaman dahulu ~ Di negeri Parsi telah berlaku ~
Seorang pemuda alim terlalu ~ Amatlah warak ketika itu ~
Dia teringin terus berjalan ~ Pergi merantau menambah pengetahuan ~ Setelah jauh menempuh laluan ~ Letih dan dahaganya menyesak badan ~
Segera berbaring di tepi sungai ~ Dilindungi bayang pokok berjuntai ~ Dalam lenanya mimpi melambai ~ Usah di situ ditipu lalai ~ Terjagalah dia dari lenanya ~ Terfikir di hati sekarang di mana ~ Di kampung di dusun atau di kota ~ Kemudian teringat akan musafirnya ~ Kini perutnya lapar mengilai ~ Bekal bawanya dah semuanya langsai ~ Ternampak buah menghilir sungai ~ Sedaya-upayanya untuk dicapai ~ Buah di tangan terus dimakan ~Teringat dosa di hari kemudian ~ Buah dimakan tidak dihabiskan ~ Malah di mulut habis diluahkan ~ Tegal haram menjadi daging ~ Di hari Akhirat kan dicaing-caing ~ Ke dalam neraka kemudian dibanting ~ Perasaannya kini dilanda runsing ~ Segeralah berjalan mudik ke hulu ~ Buah yang ngilir hendak ditentu ~ Orang yang berhak agar bertemu ~ Keizinan pemilik amat perlu ~ Lama jua si musafir berjalan ~ Meredah padang wadi dan hutan ~ Akhirnya bertemulah sebuah perkebunan ~ Mencari tuannya pula menyusahkan ~ Abu Salleh dipanggil orang ~ Nama pemuda yang melarat sekarang ~ Kini berjalan di dalam ladang ~ Menyisir sungai memandang-mandang ~ Ternampak olehnya pokok berbuah ~ Banyak yang masak jatuh ke tanah ~ Ke dalam sungai pun bersepah-sepah ~ Percayalah hatinya buah yang tadinya dikunyah ~ Tinggal lagi yang jadi persoalan ~ Pokok berbuah dah tentu bertuan ~ Diharap Tuhan segeralah pertemukan ~ Pemilik kebun dapat mengizinkan ~ Sekarang mahu menebus diri ~ Dari dosa menyesakkan hati ~ Oh Tuhan Yang Maha Mengasihi ~ Hambamu amat berduka kini ~ Dalam berkelana si pemuda itu ~ Muncullah pemilik kebun di situ ~ Legalah hati yang amat pilu ~ Salleh mendekati tanpa malu-malu ~ Dia adalah seorang tua ~ Abdullah Suhaimi disebut namanya ~ Memiliki ladang amat suburnya ~ Musim memetik dah sampai jangkanya ~ Demikian buah di tepi sunagi ~ Gugur ke air banyak dah bangsai ~ Abu Salleh di sana tikai-bertikai ~ Dengan Abdullah hendak berselesai ~ Abdullah Suhaimi membuat keputusan ~ Abu Salleh kiranya boleh mempersetujukan ~ 12 tahun di ladang kerja dilakukan ~ Setamat itu dapatlah keizinan ~ Agar dosanya akan luput ~ Di Akhirat pula tak bersangkut-paut ~ Bersetujulah Salleh bagaimana dituntut ~ Patuh dan taat perintah diikut ~ Pagi petang Salleh bekerja ~ Hari ke minggu bulan menerpa ~ Tahun ke tahun semuanya sempurna ~ Peduli apa orang lain kata ~ Dalam berusaha tak tinggal ibadat ~ Terhadap Tuhan sentiasa bermunajat ~ Agar diri yang kini tertambat ~ Terlucut segera tali pengikat ~ 12 tahun genaplah sudah ~ Bekerja buat bertuankan Abdullah ~ Keizinan dipinta agar diserah ~ Tetapi Abdullah membuat helah ~ Abdullah percaya pemuda ini ~ Seorang warak berhati murni ~ Tegal sebuah sanggup mengabdi ~ Orang begini payah dicari ~ Gadis anakku seorang saja ~ Pantas Salleh menjadi suaminya ~ Kepada Salleh diletak syaratnya ~ Agar keizinan ku padanya terlaksana ~ Kepada Abu Salleh diberitahu ~ Anaknya cacat buta kayu ~ Tak tahu bercakap kononnya bisu ~ Telinga pekak berjalan kaku ~ Kalau Abu Salleh sanggup kahwin ~ Gadisku ini jatuhlah izin ~ Bebaslah dikau kat tali berpilin ~ Kekal di sini atau pergi ke lain ~ Abu Salleh berfikir lagi ~ Kat gadis cacat untuk dinikahi ~ Atau tinggalkan saja negeri ini ~ Menuju neraka yang ditakuti ~ Terlibat dosa nak juga dielak ~ Gadis cacat adakah layak ~ Abu salleh dadanya sebak ~ Berasa dirinya ditimpa balak ~ Mahu tak mahu diputuskan fikiran ~ Gadis cacat sanggup dikahwinkan ~ Keputusan itu kemudian dicanangkan ~ Ke hulu ke hilir kampung dan pekan ~ Tibalah masa hari yang baik ~ Persetujuan Abu salleh akan dikelek ~ Diijab kabulkan ditengah olek ~ Dalam debaran mencolek-colek ~ Malam pertama Abu Salleh masuk ~ Ke dalam bilik isterinya terperuk ~ Diberinya salam penuh kusyuk ~ Salam berjawab fikiran pun mabuk ~ Abu Salleh segera beredar ~ Salam berjawab tak isterinya sebenar ~ Orang bisu takkan mendengar ~ Sangkaannya kini macam-macam keluar ~ Ke mana nak pergi pula sekarang ~ Sangkaannya dia ditipu orang ~ Banyak fikiran datang menyerang ~ Tambah diri berbeban hutang ~ Di sudut serambi ia tertidur ~ Abdullah Suhaimi terdengar dengkur ~ Dilihat menantunya di sana terbujur ~ Hingga pagi barulah ditegur ~ Wahai menantu ku mengapa begitu ~ Tidak masuk ke bilik beradu ~ Abu Salleh menjawab tersipu ~ Konon biliknya ada hantu ~ Wahai menantu ku aku dah berbohong ~ Sebenarnya isteri kau salehah agung ~ Tak terlajak selama terkurung ~ Ke lembah noda tak pula terdorong ~ Matanya buta tak melihat maksiat ~ Telinganya tuli tak mendengar khurafat ~ Kakinya lumpuh tak mendekati musibat ~ Kekal 'kat bilik beramat ibadat ~ Demikian Abu Salleh dah punya isteri ~ Sayang menyayangi hari ke hari ~ Dikurniakan anak seorang lelaki ~ Terkenal dengan Sheikh Abdul Kadir Jailani ~ Isteri adalah laksana payung ~ Suami isteri tolong menolong ~ Hidup demikian amat beruntung ~ Dicontohi orang seluruh kampung ~ Dunia Islam menyanjung tinggi ~ Abdul Kadir seorang amat dihormati ~ Timur dan barat dia dikenali ~ Ke mana pergi dia disegani ~ Tersebut kisah salehah yang cantik ~ Malam pertama mempelai kat bilik ~ Dengan debaran kasih mencolek ~ Diselangi fikiran pelbagai mengusik ~ Ke jauh malam masih menunggu ~ Masuknya suami ke bilik beradu ~ Bertegur sapa kasih dipadu ~ Salam ku jawab setelah diseru ~ Hingga pagi tak kunjung lena ~ Suami yang tadi entah ke mana ~ Tubuh gementar bercampur duka ~ Kasih dan rindu turut serta ~ Putri salehah pernah berkata ~ Kepada suaminya memadu asmara ~ Semasa gadisnya tak pernah bersua ~ Lelaki lain selain kekanda ~ Baru setelah diijab kabulkan ~ Terdengarlah salam suara mu tuan ~ Salam ku jawab amat menyenangkan ~ Resah gelisah pula mengiringkan ~ Hati ini kepalanglah rindu ~ Melihat kanda sepintas lalu ~ Menyesali bapak berbohong pada mu ~ Demikian kekanda menyangka ku hantu ~ Gelisa nian hati ku ini ~ Kekanda pergi adinda menanti ~ Airmata bercucuran tak renti-renti ~ Berbagai godaan telah mendatangi ~ Tidaklah kecewa wahai tuan ~ Kekanda berada di dalam dewan ~ Ayahanda bonda turut menyayangkan ~ Kekanda, adinda berkasih-kasihan ~ Daratan yang luas bersama diredah ~ Menjalani hidup senang dan susah ~ Mendaki menurun terus melangkah ~ Kepada Allah kita berserah ~ Wahai dinda ku jelitawan salehah ~ Bersyukur kita menerima anugerah ~ Bersama bersabar didatangi susah ~ Tuhan diingat kekal disembah ~ Kiranya pulau di sana diperlukan ~ Berdua pasti menyeberangi lautan ~ Membina bahtera bersama kerjakan ~ Berdayung bergalah usah direntikan ~ Dalam hidup mesti berjuang ~ Di sana banyak rintang dan galang ~ Dalam hati cekal dan garang ~ Setiap cabaran perlu ditentang ~ Apakah kepayahan yang ditakuti ~ Tak kesungguhan yang tak ada bukti ~ Apakah menang aja yang diingini ~ Kekalahan awal mengingati diri ~

0 Comments:

Post a Comment

<< Home