Thursday, October 27, 2005

Wudhuk zahir dan batin.......

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat. saya berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "
Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara Menyesali dosa yang telah dilakukan :Bertaubat,Tidak tergila-gilakan dunia, Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya'), Tinggalkan sifat berbangga, Tinggalkan sifat khianat dan menipu, Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian saya pergi ke masjid. saya kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. saya berdiri dengan penuh kewaspadaan dan saya rasakan saya sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka do sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan saya bayangkan pula saya seolah-olah berdiri di atas titian
'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian saya berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat. saya faham maknanya kemudian saya rukuk dan sujud dengan tawadhuk. saya bertasyahud dengan penuh pengharapan dan saya memberi salam dengan ikhlas. Beginilah saya bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibanding-kan dengan Hatim.


Wednesday, October 19, 2005

New Tools....


A news tools for my thesis. This tools is very difficult to configure. I'm headcahe about it. I'm tried configured in 2 day, but still nothing. What the problems? The major problem is linux kernel. I need to upgrade from 2.4 to 2.6. Another problem is webserver, php, phpgacl, mysql, ntop, arpwatch, rrdtools, nagios, server and client etc.. What can i says, just huhuhu.....
~~~~~sori for broken omputih~~~~~

Saturday, October 15, 2005

Cheroi beraksi lagi....

Ini lah team yang membinasakan skuad Salem baru-baru nih. Apa taknya team Salem tu main kasar dan ganaz sgt. Kerana Salem lah aku jatuh dan terkehel siku kiri sampai tak blih nak angkat tangan. Seminggu jugak lah aku mengalami kesukaran untuk memakai dan membuka baju.....huhu. Seb baik ada Tok Bomo Tooyie kat umah nih, blih ler jugak dia urut tgn kiri aku tu...tp aku x salahkan Salem tu...kesian gak kat dia...kang x psl2 dia terbatuk-batuk kat umah sbb namanya disebut berulang-ulang kali....hahaha....dah adat main bola, kalu takder inject tu bkn main bolalah namanya...dok gitu. Kalu nk tau lebih lanjut psl cheroi sila lawat Blog Bang Aji.
Malam nih slps menunaikan kewajipan sbg seorg muslim, team cheroi berkumpul semula buat kali pertama selepas menggondol Piala Dr Mazani. Pada mulanya agak sukar untuk mengumpul skuad cheroi, tapi kerana kebijaksanaan yang ada pada Brother Ram untuk "psiko" skuad cheroi supaya turun gelenggang agak membuahkan hasil. Tapi hasil tak lumayan lah sebab dua tunggak utama tak dapat menunjukkan aksi pada mlm ini. Bang Aji yang dok kt Bangi tu, kami paham2 ler sbb jauh...huhu. Manakala Al-payed pula hilang tanpa jejak. Apa pon mlm ni cheroi turun bermain atas undangan team yang pernah beraksi untuk liga KL. Pergh... memang dasat jugak lah budak-budak nih main, dengan sepakan yang terpadu kuatnya dan skill yang pelik2 kuar sampai aku pon tercirit mlm nih sbb stamina dah abis stok...huhu. Walau bagaimanapon aku pueh ati lah main mlm nih sebab byk jugak aku bt gol td....hehehe.Tima kasih lah sume yang terlibat mlm nih kerana turun untuk membisikan diri demi cheroi.

Thursday, October 13, 2005

Maaf....

Assalammualaikum wbt.....
Kali ini, aku tak ada apa yang menarik untuk di cerita. Cuma nak bagitau pasal blog nih jer. Segala isi kandungannya bukan untuk menyinggung perasaan sesiapa pon, apatah lagi nak menghina. Memang tiada sedikit pon niat di hati nak menyakiti, memperli, mengata atau yang sewaktu dengannya. Apa yang di tulis hanyalah sekadar rujukan dan pedoman untuk memperbetulkan diri sendiri yang sememangnya dah tak berapa betul nih. Mana yang baik sama-sama kita jadikan tauladan dan yang tak elok tu kite campak jauh-jauh. Kalau blih campak kat laut, kite sama-sama campak kat laut......huhu. Jadi, aku mintak maaf banyak-banyak lah kepada sesiapa yang telah membaca blog nih dan terasa amat tersinggung dengan isi kandungannya. Ingatlah, barang yang lepas tu biarlah ia berlalu dan jangan di ungkit lagi. MAAF deh.....

Sunday, October 02, 2005

Hahahaa.....

Malam ini ada dinner di DSB sempena dengan hari lahir aku hehehe.......bestnya mcm ni. Ramainya orang. Bangganya aku bila korang jemput dekan, ketua program, ketua kursus, ketua pengangkap dan ketua-ketua ngo....hahaha. Sebenarnya, dinner mlm ini adalah sempena sem terakhir kami di FTMSK yang di buat di DSB. Itu aje....hahahaa

Saturday, October 01, 2005

1 Ooktober 2005

Hari nih dah masuk 1 hb 10 tahun 2005.....erkkk jatuh plak hari sabtu, bersamaan dengan 27 Sya'aban 1426 hijrah...ada apa2 ke?? hehe ...tentulah ada....iaitu dinner. Kebetulan plak tahun nih, ada dua diner skali gus iaitu diner nets dan malam pragraduan...