Wudhuk zahir dan batin.......
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat. saya berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "
Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara Menyesali dosa yang telah dilakukan :Bertaubat,Tidak tergila-gilakan dunia, Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya'), Tinggalkan sifat berbangga, Tinggalkan sifat khianat dan menipu, Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian saya pergi ke masjid. saya kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. saya berdiri dengan penuh kewaspadaan dan saya rasakan saya sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka do sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan saya bayangkan pula saya seolah-olah berdiri di atas titian
'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian saya berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat. saya faham maknanya kemudian saya rukuk dan sujud dengan tawadhuk. saya bertasyahud dengan penuh pengharapan dan saya memberi salam dengan ikhlas. Beginilah saya bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibanding-kan dengan Hatim.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home