Thursday, August 09, 2012

Puasa Tidur, Tidur Puasa

Adakah bila berpuasa kita kena tidur??? ataupun bila tidur bermakna kita sedang berpuasa???? Macam mana ciri-ciri orang yang berpuasa sebenarnya??? Macam mana kita hendak mendapatkan nikmat berpuasa jika kita asyik dengan tidur terutamanya pada siang hari di waktu berkerja atau office hours??? Macam mana kita hendak mendapatkan redha daripada Allah jika semua yang di atas berlaku tanpa batasan atau kawalan. Pening memikirkan perkara ini.Pening juga memikirkan macam mana lah keadaan puasa aku pada hari ini...adakah bernilai atau sebaliknya. Macam mana kita hendak meningkatkan mutu puasa untuk naik tingkatan kepada puasa wali-wali Allah. Adakah kita selesa berpuasa pada tingkatan orang awam...tidak mahukah mencuba untuk merasa nikmat berpuasa macam wali-wali Allah berpuasa....aduss peningnya bila terpikir perkara ini. Jauhnya perjalanan yang perlu di lalui.....tidak termasuk halangan, rintangan, dugaan, godaan, nafsu, akal fikiran dan hati.  Ini baru puasa & tidur, tidak termasuk lagi dengan puasa tetapi tidak solat....macam manakah penilaian yang di buat oleh Allah nanti. Tidak terfikirkah???? Adakah kita mengharapkan ganjaran yang terbaik, sedangkan pelaksanaan seperti tukul dan pahat. Nikmat puasa semakin hari semakin menghilang @ menyusut disebabkan kerana aura Raya..layakkah kita menyambut hari kemenangan @ kejayaan (hari raya), sedangkan puasa kita pada hari ini seperti menahan lapar dan dahaga sahaja, tiada nikmat yang dirasai, tidak mencapai sasaran yang di ingini, apatah lagi untuk mendapatkan redha mu Ya Allah...aku tidak layak untuk menyambut hari lebaran. Aku masih belum puas merasai nikmat berpuasa. Aku mengharapkan redha mu Ya Allah. Aku masih berusaha untuk mencapai kejayaan ini....Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.


La Hayyun, La A'limun,  La Sami'un, La Bashirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutaqalimun Bilhaqqi ila Allah.

Semangat Menulis Semula

Assalammualaikum

Entah macam mana tetiba jer datang semangat untuk menulis semula setelah sekian lama berhenti. Mungkin kerana sekarang ini teramat banyak perkara atau isu yang boleh di tulis atau di terjemahkan kedalam blog. Memang banyak perkara yang berlaku di sekeliling dalam kehidupan seharian dan semalaman. InsyaAllah, akan di tulis apa jua yang terlintas buat masa ini baik dalam bidang perkerjaan, kehidupan, kekeluargaan, agama, mimpi dan selainnya.